GUA MUSANG - Polis menemui sepucuk pistol tiruan seakan pistol sebenar yang disimpan dalam sebuah rumah ketika serbuan di Kampung Batu Papan Luar, Jalan Pulai, dekat sini, malam Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, serbuan kira-kira jam 11 malam itu selepas pihaknya menerima maklumat berhubung ada sebuah rumah menyimpan senjata api tanpa lesen.
Katanya, semasa serbuan, rumah itu ada dua orang penghuni dan pemeriksaan dilakukan ke atas badan dua lelaki terbabit tidak menemui sebarang senjata sebelum menggeladah keseluruhan dalam rumah berkenaan.
“Sepasukan anggota polis yang melakukan penggeledahan itu akhirnya menemui sebuah kotak hitam mengandungi pistol tiruan bertulis Colt`S berwarna gelap bersama satu magazin diletakan di tepi katil tidur dalam ruang tamu rumah terbabit.
“Ketika siasatan dijalankan, seorang daripada dua lelaki dalam rumah itu berumur 55 membuat pengakuan pistol berkenaan miliknya sebelum suspek dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk siasatan lanjut,” katanya.
Saiful Bahri berkata, hasil siasatan, suspek mengaku pistol tiruan itu dibeli dari negara jiran ketika berkunjung ke Sungai Golok, Selatan Thailand tiga bulan lalu dan disimpan di rumahnya untuk digunakan menembak cicak.
Beliau berkata, pistol itu menggunakan manik plastik bulat berwarna putih sebagai peluru dan suspek terbabit yang masih ditahan untuk siasatan.
Katanya, suspek di siasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.